Wednesday, December 15, 2010

Tahniah anak-anakku

Baru-baru ni dapat sms & call dari anak2 murid yang dah berada di matrikulasi. Ada yang dapat 4.00 untuk sem 1. Tak kurang juga yang dapat 3.5 & above. Tahniah. Bukan senang nak dapat keputusan yang begitu cemerlang. Kepada yang dapat below 3.5, tahniah juga kerana anda masih layak berada di matrikulasi. Jangan bimbang, kejayaan dalam hidup kelak bukan diukur dari keputusan peperiksaan, tetapi keberkatan ilmu itu sendiri.

Thursday, December 9, 2010

Exam dah habis

Akhirnya selesai juga exam paper akaun SPM. Soalan senang ke susah? Senang untuk yang bersedia dari awal, susah untuk yang amalkan last minute study. Lepas ni plan nak buat apa? Buatlah apapun asalkan memberi kebaikan kepada anda, keluarga & masyarakat. Jumpa lagi bulan Februari.

Sunday, December 5, 2010

Jadual Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2010

Tarikh : 9 Disember 2010 (Khamis)
Masa    : Kertas 1 (11.15 - 12.30)
              Kertas 2 (2.00 - 4.30)


Jangan lupa bawa slip exam, ic & alatulis