Saturday, May 10, 2014

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Daerah Kuantan 2014

Tahniah!!!!!!

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam
Pusat KoKurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
28 - 30 April 2014

18 sekolah mengambil bahagian dalam 8 kemahiran yang dipertandingkan; Kawad Kaki (L&P), Perawatan Awal (L&P), Menyelamat (L&P) dan Melawan Kebakaran (L&P). 

SMK Pelabuhan menghantar 16 perempuan & 8 lelaki bagi menyertai semua acara kecuali kawad kaki lelaki (ada 8 je lelaki, macamana nak berkawad, tak cukup lagi 8).

Namun begitu, Alhamdulillah berkat usaha gigih para kadet & guru-guru KPA, kami berjaya menang 3 daripada 7 acara yang disertai iaitu :-
Johan Perawatan Awal Lelaki, Tempat ke-3 Menyelamat Lelaki dan Perempuan. 

Terima kasih kepada JPAM Kuantan atas ilmu yang telah kami peroleh.  Tahun depan insyaAllah nak menang banyak lagi.

Gambar-gambar yang sempat diambil (sibuk ambil video sampai lupa nak snap banyak gambar)

 Pasukan Menyelamat lelaki sedang bersedia
 Pasukan Perawatan Awal lelaki sedang dinilai oleh para Hakim. Well done, guys.

 Sambil tunggu bas nak balik
 Pasukan kawad perempuan sedang berkawad (walaupun tak menang tapi korang tetap hebat)
 Team Menyelamat lelaki sedang menunggu giliran
Sebelum balik (masing-masing bawa beg macam nak duduk sebulan...)