Wednesday, December 15, 2010

Tahniah anak-anakku

Baru-baru ni dapat sms & call dari anak2 murid yang dah berada di matrikulasi. Ada yang dapat 4.00 untuk sem 1. Tak kurang juga yang dapat 3.5 & above. Tahniah. Bukan senang nak dapat keputusan yang begitu cemerlang. Kepada yang dapat below 3.5, tahniah juga kerana anda masih layak berada di matrikulasi. Jangan bimbang, kejayaan dalam hidup kelak bukan diukur dari keputusan peperiksaan, tetapi keberkatan ilmu itu sendiri.

Thursday, December 9, 2010

Exam dah habis

Akhirnya selesai juga exam paper akaun SPM. Soalan senang ke susah? Senang untuk yang bersedia dari awal, susah untuk yang amalkan last minute study. Lepas ni plan nak buat apa? Buatlah apapun asalkan memberi kebaikan kepada anda, keluarga & masyarakat. Jumpa lagi bulan Februari.

Sunday, December 5, 2010

Jadual Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2010

Tarikh : 9 Disember 2010 (Khamis)
Masa    : Kertas 1 (11.15 - 12.30)
              Kertas 2 (2.00 - 4.30)


Jangan lupa bawa slip exam, ic & alatulis

Monday, October 4, 2010

Tips Jawab Soalan - Belanjawan Tunai

Belanjawan Tunai
i. Ambil urusniaga yang melibatkan tunai & bank sahaja (jualan/belian @ apa saja urusniaga secara kredit  - abaikan).
ii. Baca soalan dengan teliti; hati-hati dengan perkataan seperti
   a) membeli aset berjumlah RM10,0000 secara ansuran. Deposit 10% dibayar pada bulan Januari dan bakinya dibayar mulai bulan berikutnya sebanyak RM1,000 setiap bulan.
    (Hint: di bahagian pembayaran, utk Januari tulis amaun RM1,000)
  b) Ayat yang mengandungi pengiraan, tolong baca dgn teliti , highlight dan kira betul2.
iii. Paling penting tentulah kena ingat formatnya. Soalan ni senang nak score kerana markah adalah secara individu. 

Saturday, August 21, 2010

Tips Jawab Soalan - Rekod Tak Lengkap

Rekod Tak Lengkap.

Cikgu bukanlah arif sangat, tapi mungkin tips ini berguna bila menjawab soalan exam. Especially yang masih tak faham2 walaupun exam dah dekat.

Ok. Kita mulakan dengan Tajuk : Rekod Tak Lengkap.

i). Dah namanya pun rekod tak lengkap, maka kenalah lengkapkan item yang ada tanda soal.
   Contoh;

                                       1 Januari 2009                          31 Disember 2009
   Bank                                5,000                                                  ?

   Maka carilah baki akhir bank. Baki akhir = Baki awal + Jumlah penerimaan - Jumlah pembayaran.
   Nilai ini nanti akan digunakan semasa sediakan Kunci Kira-Kira.
 
ii) Bila soalan minta sediakan Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang.
    ~ Tujuan sebenarnya adalah nak cari jualan kredit (A.K.Penghutang) dan belian kredit (A.K.Pemiutang)
    ~ Bagi yang masih blur, tentu putus harapan. Yelah x ingat camana nak cari (kecualilah yg excel...).
    ~ Jgn bimbang, usah pening2. Mudah je nak ingat.

       Akaun Kawalan Penghutang
       ~ Penghutangkan aset. Dia ada kat belah mana? Mestilah debit.
       ~ Highlight dulu setiap baris yg ada perkataan penghutang.
       ~ Lukis bentuk T. Sebelah debit, butirannya adalah yg menambahkan aset (hutang org pada kita)
          (termasuk jualan yang kita kena cari nanti) . Manakala sebelah kredit butirannya adalah yang           mengurangkan aset (hutang org pada kita) . Baki awal letak sebelah debit, baki akhir letak sebelah kredit.
      ~ Dah siap masukkan semua butir, kira jumlah sebelah kredit.
      ~ Sebelah debit pun mesti sama jumlahnyakan. Ha...disitulah anda dapat cari jumlah Jualan kredit.

      Akaun Kawalan Pemiutang 
     ~ Gunakan kaedah sama, cuma terbalik.
     ~ Highlight perkataan pemiutang.
     ~ Sebelah kiri isi dengan butir yang menambahkan hutang kita, sebelah debit isikan butir yang
        mengurangkan hutang kita.

      Dah adapun jumlah jualan kredit dan jumlah belian kredit. Jangan lupa, kita nak cari jumlah jualan.
      Jumlah jualan = Jualan kredit + jualan tunai (ini ada di penerimaan tunai)
  
iii) Seterusnya baca dengan teliti butiran di maklumat tambahan. Di situlah kita kena cari butiran lain seperti;
     susutnilai, peruntukan hutang ragu dan lain-lain.
 
    Dah dapat semua nilai2 ini, maka barulah boleh sediakan Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira.

    Selamat mencuba.

 

                                              

Sunday, August 15, 2010

Soalan UP3 T4 & Pra-Percubaan SPM T5

Tarikh : 23 - 26 Ogos 2010 (Isnin - Khamis)
Kertas Akaun Ting 4 : Masa 1 jam 30 minit

Oleh kerana masa terhad, hanya sedikit soalan akan diuji berdasar tajuk berikut:

Tajuk : 1) Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira. 2) Akaun Pelarasan (Susutnilai/Peruntukan Hutang Ragu)

Akaun T5 : Masa 2 jam 30 minit

Tajuk : Meliputi Kertas 2 termasuk dokumen sumber, rekod tak lengkap, perkongsian, akaun pelarasan, buku tunai runcit dan tafsiran penyata kewangan.

Moga berjaya.

Saturday, August 7, 2010

Tugasan 3 Akaun

Buat anak murid cikgu,

Cikgu akan e-mail borang-borang berkaitan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan boleh ajukan di blog yang cikgu create khas untuk anda.