Saturday, August 21, 2010

Tips Jawab Soalan - Rekod Tak Lengkap

Rekod Tak Lengkap.

Cikgu bukanlah arif sangat, tapi mungkin tips ini berguna bila menjawab soalan exam. Especially yang masih tak faham2 walaupun exam dah dekat.

Ok. Kita mulakan dengan Tajuk : Rekod Tak Lengkap.

i). Dah namanya pun rekod tak lengkap, maka kenalah lengkapkan item yang ada tanda soal.
   Contoh;

                                       1 Januari 2009                          31 Disember 2009
   Bank                                5,000                                                  ?

   Maka carilah baki akhir bank. Baki akhir = Baki awal + Jumlah penerimaan - Jumlah pembayaran.
   Nilai ini nanti akan digunakan semasa sediakan Kunci Kira-Kira.
 
ii) Bila soalan minta sediakan Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang.
    ~ Tujuan sebenarnya adalah nak cari jualan kredit (A.K.Penghutang) dan belian kredit (A.K.Pemiutang)
    ~ Bagi yang masih blur, tentu putus harapan. Yelah x ingat camana nak cari (kecualilah yg excel...).
    ~ Jgn bimbang, usah pening2. Mudah je nak ingat.

       Akaun Kawalan Penghutang
       ~ Penghutangkan aset. Dia ada kat belah mana? Mestilah debit.
       ~ Highlight dulu setiap baris yg ada perkataan penghutang.
       ~ Lukis bentuk T. Sebelah debit, butirannya adalah yg menambahkan aset (hutang org pada kita)
          (termasuk jualan yang kita kena cari nanti) . Manakala sebelah kredit butirannya adalah yang           mengurangkan aset (hutang org pada kita) . Baki awal letak sebelah debit, baki akhir letak sebelah kredit.
      ~ Dah siap masukkan semua butir, kira jumlah sebelah kredit.
      ~ Sebelah debit pun mesti sama jumlahnyakan. Ha...disitulah anda dapat cari jumlah Jualan kredit.

      Akaun Kawalan Pemiutang 
     ~ Gunakan kaedah sama, cuma terbalik.
     ~ Highlight perkataan pemiutang.
     ~ Sebelah kiri isi dengan butir yang menambahkan hutang kita, sebelah debit isikan butir yang
        mengurangkan hutang kita.

      Dah adapun jumlah jualan kredit dan jumlah belian kredit. Jangan lupa, kita nak cari jumlah jualan.
      Jumlah jualan = Jualan kredit + jualan tunai (ini ada di penerimaan tunai)
  
iii) Seterusnya baca dengan teliti butiran di maklumat tambahan. Di situlah kita kena cari butiran lain seperti;
     susutnilai, peruntukan hutang ragu dan lain-lain.
 
    Dah dapat semua nilai2 ini, maka barulah boleh sediakan Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira.

    Selamat mencuba.

 

                                              

No comments:

Post a Comment